Wednesday 3 August 2011

jom buat kuih raya !

assalamualaikum.

heee. bila dah masuk ramadhan, maknenye syawal dah dekat kan? syawal tu bulan raya la kan.. yeay, raya!! hikhikhik.
eh, lupa pulak. Salam Ramadhan! Selamat bersahur, berpuasa, berbuka, bertarawih n beribadah. hehe.
ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna.
cewahhh.
semoga Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita compared to the previous.

erm.. ni sebenarnye nk share resepi kuih raya. haritu ummi tetiba suruh try2 buat kuih raya yg simple2. baru search resipi kt internet. (hehe. tu pun nak kena google ke?) hadoi. baru dpt 1 resipi.
it's a kind of cookies kot. nama dia BISKUT OAT.

ok, ni resepi biskut oat.

bahan-bahan :



1. 150gm oat segera
2. 200gm minyak sapi
3. 100gm gula halus
4. 200gm tepung gandum






cara-cara nak buat :

1. timbang semua bahan-bahan tu. pastu campurkan semua bahan tu dalam bekas. then, gaul2 sampai sebati. tambah minyak sapi or tepung gandum jika perlu.
2. lepas tu, bila adunan dah sebati, amek sikit adunan tu, pastu bulat2kan dia kat atas tapak tangan.
3. then, susunlah adunan yang dah dibulat2kan td atas dulang pembakar. (jgn dulang plastik ye. nnt cair dulang tu masa bakar nnt.) pastu, sapukan kuning telur atas adunan tu dgn menggunakan brush. oh ya! jgn lupa sapu marjerin atas dulang tu dulu before susun adunan.
4. last sekali, bakarlah adunan tu, baru jd biskut kan. ;) bakar about 10-15 minit. kalau nak tahu biskut tu dah masak ke belum, tengok kt bahagian bawah biskut tu. kalau warna dia dah golden brown or coklat keemasan, tu maknenye dah masak la tu.




p/s : * panaskan suhu oven pd 180c. (kalau nak jimat masa, panaskan lah oven awal2.)
       * masa panas, biskut ni agak rapuh. so, sejukkan dulu, baru boleh makan dgn best!



haa. kalau nak hias biskut ni pun boleh. korang tabur lah choc rice ke, colour rice ke, pape je lah yg korang nak letak supaya nmpk lg menarik. boleh jugak kalau nak buat bentuk. tekap je adunan tu dgn bentuk2 yg korang suka guna acuan dia. kalau tak nak guna oat, guna kacang tanah pun sedap jugak. tp kena goreng dulu kacang tu tanpa minyak, n then, blend kacang tu sampai hancur, baru campur dgn bahan-bahan lain.


                                                
haaa. ni contoh biskut oat yg dah siap.


ok, setakat ni je for this time. kalau dpt resepi lain nnt, kita share ye ! selamat mencuba !!

No comments: